Saturday, April 18, 2015

Tips-tips Untuk LULUS Ujian Jalan Raya JPJ -Bahagian 3-



Salam, terima kasih kerana masih berminat untuk mendapatkan tips melalui blog yang tak seberapa ni. Sebelum meneruskan bacaan, korang dah baca ke entry sebelum ni pasal tips lulus ujian komputer? Kalau belum bolehlah baca kat sini . Tu pun kalau korang belum lulus ujian komputer la. Kalau dah, tak perlu la nak baca tips tu, baik dapatkan panduan yang lebih advance yang bersesuaian dengan tahap korang, ni panduan yang boleh membantu dapatkan lesen dengan segera tanpa susah-susah. Boleh klik disini.

Okey, banyak melencong keluar pulak, ni antara tips2 yang korang bolehlah amal waktu ambil ujian Jalan Raya JPJ bahagian 3. Baca elok-elok, perhatikan, amalkan, insyaallah senang je nak lulus ujian tu nanti. Nak senang lagi boleh belajar kat sini.

Ketika menghadiri Ujian JPJ,  korang kenalah berpakaian sopan dan menjaga tata tertib. Tak faham berpakaian sopan? Maksudnya macamni, memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut jangan dok pakai seksi-seksi pulak. hehe, gurau je. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan

  • Betulkan tempat duduk.
  • Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta anda.
  • Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua ituberfungsi.
  • Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan
  • enjin kereta.

2) Memulakan Pemanduan

  • Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
  • Start Ejin.
  • Pandang cermin belakang & pandang tepi.
  • Minta izin daripada pegawai JPJ  untuk memulakan perjalanan.
  • Tekan clutch.
  • Masuk gear 1.
  • Turunkan hand brek.
  • Tekan sedikit pedal minyak.
  • Lepaskan clutch perlahan2.
  • Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

3) Berhenti di Persimpangan

  • Sebelum sampai di persimpangan, pastikan korang sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. 
  • Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan
  • Berhenti di persimpangan. 
  • Tarik brek tangan dan bebaskan gear.  
  • Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.

4) Memandu di Jalan Raya

  • Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. 
  • Cuba patuhi had laju yang ditetapkan. 
  • Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. 
  • Pastikan anda dapat mengawalstereng dengan baik.

5) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)

  • Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannyadi kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

6) Memandu di Lampu Isyarat

  • Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. 
  • Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti.
  • Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, anda seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

7) Kawalan Stereng

  • Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. 
  • Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. 
  • Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. 
  • Anda diizinkan memegang dengan satutangan apabila menukar gear.

8) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian

  • Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. 
  • Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik ‘hand brake’.


9) Memandu ketika di traffic light



  • Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2.
  • Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak 1 kereta.
  • Tarik hand brek & freekan gear.
  • 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek.
  •  Tekan sedikit pedal minyak.
  •  Lepaskan clutch perlahan2.
  •  Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

Nota:

Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku
sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

Okey, mudahkan nak lulus?? Tapi kalau korang dah pernah gagal atau rasa ragu-ragu dan rasa kemungkinan tuk gagal tu tinggi, saya sarankan supaya korang dapatkan dulu panduan ni. Jangan bazirkan duit korang tuk buat ujian ulangan, bukan duit je habis, masa pun banyak terbazir. Baik pergi buat benda lain. Memang recomended la panduan ni sebab dia akan ajar korang bayak benda, cara lulus ujian komputer, teknik memandu kereta, Lulus ujian praktikal naik bukit, “side parking”, pusingan 3 penjuru dan jalan raya.  Insyaallah lepas baca panduan ni, sekali cuba terus lulus.. Hehe, best kan? Jom dapatkan disini sebelum duit dan masa anda dibazirkan untuk ujian ulangan.

Jumpa lagi dalam artikel yang seterusnya ya, Bye..
Read more ...

TIPS-TIPS LULUS UJIAN KOMPUTER


Anda akan dibenarkan menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer kira-kira 3 hari selepas selesai tamat kelas K.P.P. 5 jam. Ujian ini sebenarnya mudah kerana anda telah dibekalkan dengan buku teks, buku contoh soalan dan CD contoh soalan. Yang penting anda perlu mengulangkajinya. Walaubagaimanapun, masih ramai yang menghadapi kesukaran untuk lulus dalam ujian ini. Malah terdapat juga yang telah mengambil lebih daripada 3 kali, tetapi masih belum lulus. 

Jika anda tiada masa untuk study, boleh cuba gunakan teknik ini. Tak perlu lagi susah-susah google soalan ujian memandu, tips ujian memandu berkomputer, soalan jpj test dan lain2, sebab semuanya dah dibongkar dalam panduan ini.

Okey STOP !! Cukup untuk teknik orang malas atau tiada masa, kita bincang cara rajin pulak.. Jom baca, :
Disini, saya akan berikan tips-tips bagi membantu anda semua untuk lulus. Terdapat 50 soalan di dalam ujian ini. Markah lulus ialah 42 markah. Ini bermakna maksimum kesalahan yang boleh anda lakukan ialah 8 soalan.
Ujian ini dibahagi kepada 3 bahagianBahagian A (Papan Tanda) mempunyai 15 Soalan. Bahagian ini adalah yang paling mudah. Oleh itu, anda perlu untuk menjawab dengan betul pada semua soalan di bahagian ini. Cuba ketika anda keluar rumah dengan menaiki kereta atau bas, sila perhatikan papan-papan tanda di jalan raya dan fahamkan betul-betul fungsinya.
Bahagian B (Panduan Berhemat) pula mengandungi 25 Soalan. Soalan-soalan di bahagian ini memang panjang dan agak susah sedikit. Ia memerlukan anda untuk berfikir sebelum menjawab soalan-soalan tersebut. Sila cuba untuk hanya melakukan  4 kesalahan sahaja.
Yang terakhir sekali ialah Bahagian C (Akta Pengangkutan Jalan dan Sistem Kejara). Ia mempunyai 10 soalan sahaja. Sekiranya anda benar-benar mengulangkaji, pastinya tidak susah untuk menjawab soalan di bahagian ini. Kerana semua jawapan yang diberikan adalah fakta. Anda perlu mencapai markah yang tinggi dalam bahagian ini. Banyakkan latihan menjawab soalan di bahagian ini dan cuba hafal soalan dan jawapannya. Oleh itu, sila jangan membuat lebih daripada 3 kesalahan.
Kesimpulannya, jika anda ikut apa yang diperkatakan di atas, anda hanya akan membuat 7 kesalahan sahaja iaitu 0 di Bahagian A, 4 di Bahagian B dan 3 di Bahagian C. Anda akan memperoleh markah 43/50 di mana sudah semestinya anda akan lulus ujian ini. Ikut panduan-panduan di atas dan anda pasti berjaya.

Jika anda inginkan panduan lengkap bagaimana mendapatkan lesen memandu kereta dengan pantas, saya rekomen supaya anda cuba dapatkan panduan ini. Insyaalah rahsia mendapatkan lesen memandu, tips soalan ujian memandu dan lain2 akan dibongkar oleh pakar yang sudah 40 tahun berkhidmat sebagai guru memandu.
Sekian. Selamat Berjaya.


Tag : soalan ujian memandu, ujian lesen memandu, ujian memandu berkomputer, ujian memandu jpj, ujian memandu motosikal

Read more ...