Anda akan dibenarkan menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer kira-kira 3 hari selepas selesai tamat kelas K.P.P. 5 jam. Ujian ini sebenarnya mudah kerana anda telah dibekalkan dengan buku teks, buku contoh soalan dan CD contoh soalan. Yang penting anda perlu mengulangkajinya. Walaubagaimanapun, masih ramai yang menghadapi kesukaran untuk lulus dalam ujian ini. Malah terdapat juga yang telah mengambil lebih daripada 3 kali, tetapi masih belum lulus.
Jika anda tiada masa untuk study, boleh cuba gunakan teknik ini. Tak perlu lagi susah-susah google soalan ujian memandu, tips ujian memandu berkomputer, soalan jpj test dan lain2, sebab semuanya dah dibongkar dalam panduan ini.
Okey STOP !! Cukup untuk teknik orang malas atau tiada masa, kita bincang cara rajin pulak.. Jom baca, :
Disini, saya akan berikan tips-tips bagi membantu anda semua untuk lulus. Terdapat 50 soalan di dalam ujian ini. Markah lulus ialah 42 markah. Ini bermakna maksimum kesalahan yang boleh anda lakukan ialah 8 soalan.
Ujian ini dibahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A (Papan Tanda) mempunyai 15 Soalan. Bahagian ini adalah yang paling mudah. Oleh itu, anda perlu untuk menjawab dengan betul pada semua soalan di bahagian ini. Cuba ketika anda keluar rumah dengan menaiki kereta atau bas, sila perhatikan papan-papan tanda di jalan raya dan fahamkan betul-betul fungsinya.
Bahagian B (Panduan Berhemat) pula mengandungi 25 Soalan. Soalan-soalan di bahagian ini memang panjang dan agak susah sedikit. Ia memerlukan anda untuk berfikir sebelum menjawab soalan-soalan tersebut. Sila cuba untuk hanya melakukan 4 kesalahan sahaja.
Yang terakhir sekali ialah Bahagian C (Akta Pengangkutan Jalan dan Sistem Kejara). Ia mempunyai 10 soalan sahaja. Sekiranya anda benar-benar mengulangkaji, pastinya tidak susah untuk menjawab soalan di bahagian ini. Kerana semua jawapan yang diberikan adalah fakta. Anda perlu mencapai markah yang tinggi dalam bahagian ini. Banyakkan latihan menjawab soalan di bahagian ini dan cuba hafal soalan dan jawapannya. Oleh itu, sila jangan membuat lebih daripada 3 kesalahan.
Kesimpulannya, jika anda ikut apa yang diperkatakan di atas, anda hanya akan membuat 7 kesalahan sahaja iaitu 0 di Bahagian A, 4 di Bahagian B dan 3 di Bahagian C. Anda akan memperoleh markah 43/50 di mana sudah semestinya anda akan lulus ujian ini. Ikut panduan-panduan di atas dan anda pasti berjaya.
Jika anda inginkan panduan lengkap bagaimana mendapatkan lesen memandu kereta dengan pantas, saya rekomen supaya anda cuba dapatkan panduan ini. Insyaalah rahsia mendapatkan lesen memandu, tips soalan ujian memandu dan lain2 akan dibongkar oleh pakar yang sudah 40 tahun berkhidmat sebagai guru memandu.
Jika anda inginkan panduan lengkap bagaimana mendapatkan lesen memandu kereta dengan pantas, saya rekomen supaya anda cuba dapatkan panduan ini. Insyaalah rahsia mendapatkan lesen memandu, tips soalan ujian memandu dan lain2 akan dibongkar oleh pakar yang sudah 40 tahun berkhidmat sebagai guru memandu.
Sekian. Selamat Berjaya.
Tag : soalan ujian memandu, ujian lesen memandu, ujian memandu berkomputer, ujian memandu jpj, ujian memandu motosikal
Cuba
ReplyDelete