Saturday, April 18, 2015

Tips-tips Untuk LULUS Ujian Jalan Raya JPJ -Bahagian 3-



Salam, terima kasih kerana masih berminat untuk mendapatkan tips melalui blog yang tak seberapa ni. Sebelum meneruskan bacaan, korang dah baca ke entry sebelum ni pasal tips lulus ujian komputer? Kalau belum bolehlah baca kat sini . Tu pun kalau korang belum lulus ujian komputer la. Kalau dah, tak perlu la nak baca tips tu, baik dapatkan panduan yang lebih advance yang bersesuaian dengan tahap korang, ni panduan yang boleh membantu dapatkan lesen dengan segera tanpa susah-susah. Boleh klik disini.

Okey, banyak melencong keluar pulak, ni antara tips2 yang korang bolehlah amal waktu ambil ujian Jalan Raya JPJ bahagian 3. Baca elok-elok, perhatikan, amalkan, insyaallah senang je nak lulus ujian tu nanti. Nak senang lagi boleh belajar kat sini.

Ketika menghadiri Ujian JPJ,  korang kenalah berpakaian sopan dan menjaga tata tertib. Tak faham berpakaian sopan? Maksudnya macamni, memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut jangan dok pakai seksi-seksi pulak. hehe, gurau je. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan

  • Betulkan tempat duduk.
  • Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta anda.
  • Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua ituberfungsi.
  • Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan
  • enjin kereta.

2) Memulakan Pemanduan

  • Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
  • Start Ejin.
  • Pandang cermin belakang & pandang tepi.
  • Minta izin daripada pegawai JPJ  untuk memulakan perjalanan.
  • Tekan clutch.
  • Masuk gear 1.
  • Turunkan hand brek.
  • Tekan sedikit pedal minyak.
  • Lepaskan clutch perlahan2.
  • Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

3) Berhenti di Persimpangan

  • Sebelum sampai di persimpangan, pastikan korang sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. 
  • Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan
  • Berhenti di persimpangan. 
  • Tarik brek tangan dan bebaskan gear.  
  • Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.

4) Memandu di Jalan Raya

  • Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. 
  • Cuba patuhi had laju yang ditetapkan. 
  • Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. 
  • Pastikan anda dapat mengawalstereng dengan baik.

5) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)

  • Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannyadi kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

6) Memandu di Lampu Isyarat

  • Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. 
  • Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti.
  • Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, anda seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

7) Kawalan Stereng

  • Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. 
  • Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. 
  • Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. 
  • Anda diizinkan memegang dengan satutangan apabila menukar gear.

8) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian

  • Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. 
  • Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik ‘hand brake’.


9) Memandu ketika di traffic light



  • Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2.
  • Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak 1 kereta.
  • Tarik hand brek & freekan gear.
  • 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek.
  •  Tekan sedikit pedal minyak.
  •  Lepaskan clutch perlahan2.
  •  Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

Nota:

Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku
sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

Okey, mudahkan nak lulus?? Tapi kalau korang dah pernah gagal atau rasa ragu-ragu dan rasa kemungkinan tuk gagal tu tinggi, saya sarankan supaya korang dapatkan dulu panduan ni. Jangan bazirkan duit korang tuk buat ujian ulangan, bukan duit je habis, masa pun banyak terbazir. Baik pergi buat benda lain. Memang recomended la panduan ni sebab dia akan ajar korang bayak benda, cara lulus ujian komputer, teknik memandu kereta, Lulus ujian praktikal naik bukit, “side parking”, pusingan 3 penjuru dan jalan raya.  Insyaallah lepas baca panduan ni, sekali cuba terus lulus.. Hehe, best kan? Jom dapatkan disini sebelum duit dan masa anda dibazirkan untuk ujian ulangan.

Jumpa lagi dalam artikel yang seterusnya ya, Bye..

No comments:

Post a Comment